Jamuan Berbuka Puasa 2009




* Diadakan pada 7 Sep 2009 bersamaan 17 Ramadhan (Hari Nuzul Al-Quran).
(Tarikh ini diperuntukan kepada giliran Taman Kerian Permai melalui mesyuarat AJK Surau Taman Sri Semarak)
* Hidangan sekitar 120 talam (1 talam/4 orang)
* Sumbangan daripada penduduk Taman Kerian Permai (Fasa 1-5), Kuaters Guru Parit Buntar dan Sek Keb Baru
* Jamuan makanan yang disediakan adalah hasil kerjasama (gotong-royong) AJK Taman Kerian Permai dan dibantu oleh Tn Hj Wahab serta ahli kumpulannya.
* Bahan-bahan masakan terdiri daripada 1 ekor lembu, 70 ekor ayam, ikan bawah dll

* Aturcara majlis:
> 6:15 pm
- Bacaan Yasin
- Tahlil dan doa arwah
> 7:23 pm
- jamuan dimulakan.

* Menu:
1) Daging masak gulai
2) Daging masak kurma
3) Ayam goreng berempah
4) Ikan bawal goreng bersos
5) Nasi minyak
6) Air asam
7) Buah tembikai & kurma
8) Air teh 'O' dan sirap




* Ucapan terima kasih:
1) Kepada semua penduduk Taman Kerian Permai, Kuarters Guru PB serta warga pendidik SK Baru di atas sumbangan yang diberikan
2) Kepada semua AJK yang memberi komitmen yang jitu dalam mempastikan majlis berjalan dengan lancar
3) Kepada team Tn Hj Wahab yang menyediakan masakan yang sangat sedap (betul-betul Ho Liau...)
4) Kepada semua penduduk kariah Surau Taman Sri Semarak yang sudi hadir pada jamuan kali ini sehingga tempat duduk yang disediakan semuanya dipenuhi.