Majlis Ibadah Korban 2009






Sesungguhnya...hidupku...matiku dan ibadahku hanya kerana Allah S.W.T.

Laporan Bergambar Majlis Jamuan Raya 2009

* 10 Oktober 2009 jam 8:30 mlm hingga 11:00 mlm
* Untuk paparan lebih besar, sila klik pada gambar berkenaan









* Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat..kalian semua memang best...(5 bintang)

Cara Pengiraan Bil Elektrik Untuk Rumah Kediaman

* TNB telah mengedarkan satu risalah (brochure) yang dikira maklumatnya sangat berguna juga bagi kita sebagai pengguna tenaga elektrik kategori domestik.
* Risalah tersebut berkaitan dengan kaedah atau cara bagaimana kiraan caj bil elektrik bulanan yang telah digunakan dan ia diterangkan dengan terperinci di dalam risalah seperti di bawah



* Tuan/puan juga boleh menyemak kiraan bil elektrik melalui Puatan/Link di dalam blog ini
* Jadilah seorang "PENGGUNA YANG BIJAK"

Carian Dalam Google

* Blog Taman Kerian Permai 1 telah tersenarai di dalam carian Google di muka 1
* Jika tuan-tuan ingin melihat paparan blog taman tetapi terlupa alamat, tuan-tuan bolehlah pergi ke web google yang popular tu dan taipkan "taman kerian permai" pada ruangan search dan pastinya tuan-tuan akan terjumpa dengan senarai yang diinginkan.
* Hal ini bolehlah diwar-warkan kepada rakan taulan dan ia berguna jika ada sahabat handai atau saudara mara yang ingin datang ke rumah tuan/puan tetapi tidak tahu di manakah lokasi taman atau rumah, tanpa perlu tuan/puan mengomel panjang yang belum tentu difahami....insyaAllah ia boleh membantu

E-Mail

* Kita sedang berusaha ke arah penyaluran maklumat khususnya mengenai hal-hal yang berkaitan dengan taman secara email selaras dengan kemajuan teknologi maklumat semasa
* Cara ini dapat menjimatkan masa, tenaga, kos serta cepat disamping dapat mengurangkan penggunaan kertas (memastikan kelestarian taman, negara serta dunia pada masa hadapan)
* Tidak semua maklumat yang ingin dikongsi boleh dipaparkan melalui blog ini
* Usaha sedang dilakukan bagi mendapatkan seramai mungkin alamat email setiap penghuni taman
* Mohon kerjasama tuan-tuan agar dapat memaklumkan kepada saya alamat email tuan-tuan yang masih belum ada dalam rekod (lihat senarai di atas) selain memaklumkan juga sekiranya ada ketidaksamaan alamat dengan yang sedia ada
* Bagi memudahkan email diurus dengan berkesan untuk kegunaaan kehadapan, tuan-tuan disyorkan agar membuat satu folder (group) baru khusus untuk email bagi semua penghuni taman (lihat contoh di bawah). Jika ini dilakukan, setiap maklumat yang ingin disalurkan melalui email akan dapat dihantar dengan mudah dan cepat

Laporan Kewangan More' Tmn Kerian Permai


* Rekod kutipan wang more bagi Taman Kerian Permai


* Penyata kewangan majlis more bagi tahun 2009

Jamuan Berbuka Puasa 2009




* Diadakan pada 7 Sep 2009 bersamaan 17 Ramadhan (Hari Nuzul Al-Quran).
(Tarikh ini diperuntukan kepada giliran Taman Kerian Permai melalui mesyuarat AJK Surau Taman Sri Semarak)
* Hidangan sekitar 120 talam (1 talam/4 orang)
* Sumbangan daripada penduduk Taman Kerian Permai (Fasa 1-5), Kuaters Guru Parit Buntar dan Sek Keb Baru
* Jamuan makanan yang disediakan adalah hasil kerjasama (gotong-royong) AJK Taman Kerian Permai dan dibantu oleh Tn Hj Wahab serta ahli kumpulannya.
* Bahan-bahan masakan terdiri daripada 1 ekor lembu, 70 ekor ayam, ikan bawah dll

* Aturcara majlis:
> 6:15 pm
- Bacaan Yasin
- Tahlil dan doa arwah
> 7:23 pm
- jamuan dimulakan.

* Menu:
1) Daging masak gulai
2) Daging masak kurma
3) Ayam goreng berempah
4) Ikan bawal goreng bersos
5) Nasi minyak
6) Air asam
7) Buah tembikai & kurma
8) Air teh 'O' dan sirap




* Ucapan terima kasih:
1) Kepada semua penduduk Taman Kerian Permai, Kuarters Guru PB serta warga pendidik SK Baru di atas sumbangan yang diberikan
2) Kepada semua AJK yang memberi komitmen yang jitu dalam mempastikan majlis berjalan dengan lancar
3) Kepada team Tn Hj Wahab yang menyediakan masakan yang sangat sedap (betul-betul Ho Liau...)
4) Kepada semua penduduk kariah Surau Taman Sri Semarak yang sudi hadir pada jamuan kali ini sehingga tempat duduk yang disediakan semuanya dipenuhi.

Alat Bantuan Memadam Api

* Adalah dicadangkan agar setiap unit rumah kediaman memiliki alat bantuan memadam api jenis mudahalih (fortable fire extinguisher)
* Berdasarkan kepada 2 kejadian kebakaran kecil yang berlaku di taman (rumah jiran) terdahulu, alat ini cukup-cukup membantu ketika kecemasan

* Sebahagian daripada jiran-jiran telah membeli dan menyimpannya
* Terdapat pelbagai jenis dan saiz dipasaran dan tuan/puan boleh memilih mengikut kesesuaian dan keperluan masing-masing

* Jangan risau kerana ianya cukup mudah dikendalikan dan diselenggara
* Diruangan ini dipaparkan saiz dan harganya (harga ini bukan muktamad, cuma sekadar rujukan sahaja, tertakluk kepada harga pasaran semasa)

1) 1kg - RM115.00/unit
2) 3kg - RM120.00/unit
3) 9kg - RM155.00/unit
4) Isi semula/refill - RM75.00/unit
5) Servis - RM20.00/unit

Aktiviti

* Setiap aktiviti yang ingin dilakukan pada kebiasaannya diselaraskan melalui mesyuarat.
* Mesyuarat diadakan diperkarangan rumah kediaman Prof Dr Zainal.
* Jamuan ringan disediakan (moral support)

Antara aktiviti yang dilaksanakan iaitu:

1) Jamuan More/berbuka puasa
2) Jamuan Hari Raya Aidilfitri
3) Ibadah korban
4) Perjumpaan dengan semua penduduk
5) Taklimat Keselamatan

Jawatankuasa


* Jawatankuasa taman diujudkan sekitar tahun 2002
* Bertujuan untuk mengkoordinasikan, menyelaras serta melaksanakan setiap aktiviti yang ingin dilakukan.
* Prof Dr Hj Zainal Arifin Ahmad telah dilantik secara sebulat suara oleh ahli selaku Pengerusi sehinggalah sekarang.
* Beliau boleh dihubungi melalui email - zainal@eng.usm.my

Ahli-Ahli:
1) En. Mohamed b. Yusuf
2) En. Nazri b. Mat Hussin
3) En. Jamal Nasir b. Othman
4) En. Sohaimi b. Asmuni
5) En. Abdul Razak b. Ismail
6) En. Badrul Hisham b. Lope
7) En. Ahmadil Hairi b. Asri
8) En. Nor Sharifudin b. Yeop Sabar
9) En. Khairudin b. Khalid
10) En. Mohd Zulkifli b. Zainudin
11) En. Nor Azmi b. Mohd Nordin
12) Tn Hj Mohd Ekhbal b. Yasin
13) En. Mohd Shuhaidi b. Mat Isa
14) En. Borhannudin b. Abdullah
15) En. Ahmad b. Mokhtar
16) En. Mohd Sariman b. Mat Serat
17) En. Azhar b. Ahmad
18) En. Azman b. Hj Md Zin
19) En. Ishak b. Alias

Ibadat


* Selaku penduduk, penyewa atau tetamu di Taman Kerian Permai 1, tuan/puan boleh memilih untuk solat secara berjemaah di lokasi-lokasi berikut:-

1) Surau Taman Sri Semarak (300m)
2) Masjid Permatang Tok Mahat (1km)
3) Masjid Parit Buntar (2km)





Panorama Taman


* Majoriti rumah yang dibeli telah diubahsuai samada minor ataupun major
* Terdapat juga padang permainan kanak-kanak yang dibina dipenjuru sebelah kiri taman tetapi ianya perlu penambahbaikan agar lebih selesa selaku tempat riadah
* Dalam masa yang sama pengguna padang permainan tersebut dirayu agar memelihara kemudahan ini dengan baik
* Pokok-pokok lanskap yang ditanam telah semakin besar, subur dan menghijau
* Terdapat juga sebahagian penduduk yang menanam pokok buah-buahan di tepi rumah dan ada di antaranya telah menuai hasil

Butir-Butir Taman

* Terdiri dari 8 lot Rumah Kedai dan 101 buah Rumah Kediaman
* 35% dihuni oleh penduduk Melayu dan majoritinya adalah penduduk Cina
* Landmark - Hotel Damai & Restoran SING HENG KHANG
* Taman ini pada asalnya adalah sebuah tapak kebun kelapa sawit.
* Dibangunkan oleh pemaju SIME DARBY sekitar tahun 1999.
* Mula dihuni sekitar tahun 2001
* Jenis kediaman: Rumah teres 2 tingkat
* Kadar sewa rumah di taman ini sekitar RM400.00 ke RM 450.00 sebulan

Lokasi Taman

* Taman Kerian Permai 1 berada lebih kurang 1 km dari Pusat Bandar, Parit Buntar.
* Kedudukannya juga agak stategik kerana berada di tengah-tengah di antara kemudahan perkhidmatan seperti hospital, sekolah rendah & menengah, stesyen keretapi, stesyen bas, pasar basah, pasaraya (Billion & Econsave) dll
* Plaza tol lebuhraya yang berdekatan iaitu Plaza Tol Jawi dan Plaza Tol Bandar Baharu
* Berdekatan dengan USM, Kampus Kejuruteraan serta MRSM Transkrian