Perlaksanaan Kutipan Wang More' 2013

Assalamualaikum wbt

Ingin dimaklumkan kepada tuan/puan bahawa Majlis Berbuka Puasa (More) bagi giliran Taman Kerian Permai telah ditetapkan pada 26 Julai 2013 di Surau Taman Seri Semarak.

Oleh itu bagi menjayakan aktiviti tersebut, AJK More Taman Kerian Permai ingin memohon sumbangan ikhlas dalam bentuk wang ringgit daripada tuan/puan. Sumbangan bolehlah disalurkan mulai sekarang dan selewat-lewatnya pada tanggal 19 Julai 2013.
Sumbangan tuan/puan bolehlah disalurkan kepada wakil-wakil yang telah diamanahkan seperti berikut:-

Bagi Penduduk Taman Kerian Permai 1





Bagi Penduduk Taman Kerian Permai 2-5









"MELABUR DI DUNIA UNTUK MENJAMIN KESEJAHTERAAN DI AKHIRAT"

Giliran Majlis Berbuka Puasa Di Surau Taman Seri Semarak Bagi Tahun 2013

Selamat menyambut Ramadhan kepada semua penduduk Taman Kerian Permai dan semoga amalan di bulan Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya.

Ingin dimaklumkan giliran Majlis Berbuka Puasa (More) untuk Tahun 2013 (1434H) di Surau Taman Seri Semarak iaitu:


14 Julai 2013 (Ahad) - Taman Semarak 1
(5 Ramadhan 1434H)

21 Julai 2013 (Ahad) - Taman Semarak 2
(12 Ramadhan 1434H)

26 Julai 2013 (Jumaat) - Taman Kerian Permai
(17 Ramadhan 1434H)


28 Julai 2013 (Ahad) - Taman Seri Tenggara & Taman Damai 1 & 2
(19 Ramadhan 1434H)

04 Ogos 2013 (Ahad) - Taman Seri Wangsa & Taman Damai 3
(26 Ramadhan 1434H)
 

Aturcara majlis:

6:30 petang - Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa
7:30 petang - Majlis berbuka puasa dan diikuti dengan solat Magrib berjemaah

Dengan ini tuan/puan seisi keluarga dijemput untuk sama-sama hadir kesemua majlis di atas jika ada kelapangan.

Rekod Kehadiran Di Mesyuarat More Pertama Bagi Tahun 2013 (1434H)

Tarikh: 28 Jun 2013
Masa: 9:00 mlm
Lokasi: Perkarangan rumah Prof Zainal

Kehadiran:

1)   Prof Zainal Arifin
2)   Sohaimi Asmuni
3)   Abdul Razak Ismail
4)   Ahmad Khairuddin Abd Hadi
5)   Ahmad Dziauddin Ariff A. Rahim
6)   Mohsin Iman
7)   Nazri Husin
8)   Abd Rahman Hussain
9)   Hj Eqhbal
10)   Shaharudin Razak
11)   Abd Haris
12)   Mohd Zulkifli Zainudin
13)   Ahmad Jais Ismail

Terima kasih di atas kerjasama yang tuan-tuan berikan.

Masalah terbaru di Parit Buntar

Setelah kedua-dua projek flyover di Parit Buntar siap, ini pula masalah yang dihadapi oleh penduduk di sekitarnya iaitu masalah traffic jam.