Penyata Kewangan More 2010

Bersama ini dimaklumkan penyata kewangan More 2010 sebagai maklumat dan rujukan dikemudian hari.

Baki perbelanjaan pada tahun 2010 akan di bawa untuk perbelanjaan more pada tahun akan datang (2011)

Catatan:
Untuk penyediaan hidangan Majlis Berbuka Puasa di Surau Taman Seri Semarak, anggaran minima yang diperlukan adalah sebanyak 100 talam (1 talam = 4 orang)

Al-Quran Flash


Alhamdulillah...dengan adanya kemajuan teknologi dan digunakan dengan tujuan kebaikan, maka terhasilah AL-QURAN FLASH dimana ia dapat memudahkan kepada setiap orang-orang Islam yang ingin membacanya tanpa perlu membawa Al-Quran dalam bentuk hardcopy tetapi hanya mencari pot-pot internet sahaja serta dipersembahkan dalam bentuk yang lebih menarik, pelbagai versi dan tafsir.

Kepada mereka yang menghadapi masalah penglihatan yang kurang jelas, jangan risau kerana kanta pembesar juga telah disediakan untuk tujuan pembacaan.

Diharap selepas ini semua masjid dan surau dilengkapi dengan kemudahan internet berstatus jalur lebar berkelajuan tinggi.

Yang saya maksudkan iaitu tuan/puan digalakkan untuk melayari laman web berikut:-

http://www.quranflash.com/en/quranflash.html

Laman web ini adalah merupakan laman web terbaik yang pernah saya temui.

Majlis Berbuka Puasa

Majlis Jamuan Berbuka Puasa Taman Kerian Permai 2010

* Lokasi - Surau Taman Sri Semarak
* Tarikh - 27 Ogos 2010 (17 Ramadhan 1431H)
* Hari - Jumaat
* Akiviti:
> 8:00 pagi
- gotong royong bagi kerja-kerja memasak
- bersihkan pinggan, mangkuk dll
- susun meja, kerusi dan pinggan-mangkuk
> 2:30 petang
- agihan bungkusan
>5:30 petang
-kerja-kerja menghidang
>6:30 petang
-bacaan yasin, majlis tahlil & doa arwah
>7:28 petang
-berbuka puasa
-solat maghrib berjemaah
> Selepas solat maghrib
-kerja-kerja mengemas
-bersurai

*Menu
-nasi tomato
-daging masak gulai
-daging masak kurma
-ayam masak merah
-air asam
-buah tembikai dan kurma
-air sirap dan teh o


"Tuan/puan warga Taman Kerian Permai dijemput hadir untuk tujuan di atas"

Giliran Majlis Berbuka Puasa Di Surau Tmn Seri Semarak

Selamat menyambut Ramadhan kepada semua penduduk Taman Kerian Permai dan semoga amalan di bulan Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya.

Ingin dimaklumkan giliran Majlis Berbuka Puasa (More) untuk Tahun 2010 (1431H) di Surau Taman Seri Semarak iaitu:

15 Ogos 2010 (Ahad) - Taman Damai 3 dan Taman Seri Wangsa
(5 Ramadhan 1431H)

22 Ogos 2010 (Ahad) - Taman Semarak 2
(12 Ramadhan 1431H)

27 Ogos 2010 (Jumaat) - Taman Kerian Permai
(17 Ramadhan 1431H)

29 Ogos 2010 (Ahad) - Taman Tenggara Tambahan
(19 Ramadhan 1431H)

5 Sept 2010 (Ahad) - Taman Semarak 1
(26 Ramadhan 1431H)

Aturcara majlis:

6:30 petang - Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa
7:30 petang - Majlis berbuka puasa dan diikuti dengan solat Magrib berjemaah

Dengan ini tuan/puan seisi keluarga dijemput untuk sama-sama hadir kesemua majlis di atas jika ada kelapangan.

Rekabentuk T-Shirt Untuk Majlis Pada 6 Nov 2010

> Jika tuan/puan ada komen mengenainya atau cadangan lain, mohon salurkan
kepada saya melalui email: dvmie@eng.usm.my atau www.facebook.com search sohaimi asmuni