Statistik Pelayar Blog TKP1

Untuk makluman, sejak blog ini di "publish" pada Mei 2009 sehingga kini (Julai 2011), statistik pelayar yang melayari blog ini adalah seperti berikut:



















Terima kasih diucapkan kepada pelayar-pelayar (browser) yang sudi melayari blog ini, semoga tuan/puan dapat sedikit sebanyak menafaat daripada blog ini.

Pengajaran Dari Kisah Perangkap Tikus

Sepasang suami isteri petani pulang ke rumah setelah pergi membeli-belah. Ketika mereka sedang membuka barang yang dibeli, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam, "Hmmm...makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar agaknya?".

Ternyata, yang dibeli oleh petani hari itu adalah sebuah PERANGKAP TIKUS. Sang tikus naik panik bukan kepalang. Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, "Ada perangkap tikus di rumah! Di rumah sekarang ada perangkap tikus!".

Ia pun mengadu kepada AYAM dan berteriak, "Ada perangkap tikus!" Sang ayam berkata, "Tuan tikus, aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku".

Sang tikus lalu pergi menemui seekor KAMBING sambil berteriak seperti tadi. Sang kambing pun menjawab selamba, "Aku pun turut bersimpati, tapi tidak ada apa yang boleh aku buat. Lagi pun tak ada kena-mengena dengan aku".

Tikus lalu menemui LEMBU. Ia mendapat jawapan sama. "Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Takkanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus?"

Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui ULAR. Sang ular berkata, "Elehhh...engkau ni. Perangkap tikus yang sekecil itu takkanlah nak membahayakan aku".

Akhirnya sang tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri. Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar bunyi berdetak perangkap tikusnya menandakan perangkap dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang menjadi mangsa. Ekor ular yang terperangkap membuatkan ular itu semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah.

Walaupun si suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya terkena patukkan ular berbisa tersebut. Si suami pun membawa isterinya ke klinik berhampiran. Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang, namun tetap sahaja demam.

Isterinya lalu minta dibuatkan sup kaki ayam daripada suaminya kerana percaya sup kaki ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk mendapatkan kaki bagi dibuat sup.



Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan agar memakan hati kambing. Si suami lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hati kambing tersebut. Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.



Banyak sungguh orang datang menziarah jenazah. Kerana rasa sayang si suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih lembunya untuk memberi makan orang yang datang.


Dari kejauhan, sang tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat perangkap tikus yang terbiar dan tidak digunakan lagi.


Begitulah kisahnya. Jadi pengajarannya, jika suatu hari anda mendengar seseorang khususnya jiran kita ditimpa musibah dan kita pula beranggapan ia tidak ada kena-mengena dengan kita, kisah di atas harus diambil rujukan/panduan.


Renung-renungkan dan selamat beramal.