E-Mail

* Kita sedang berusaha ke arah penyaluran maklumat khususnya mengenai hal-hal yang berkaitan dengan taman secara email selaras dengan kemajuan teknologi maklumat semasa
* Cara ini dapat menjimatkan masa, tenaga, kos serta cepat disamping dapat mengurangkan penggunaan kertas (memastikan kelestarian taman, negara serta dunia pada masa hadapan)
* Tidak semua maklumat yang ingin dikongsi boleh dipaparkan melalui blog ini
* Usaha sedang dilakukan bagi mendapatkan seramai mungkin alamat email setiap penghuni taman
* Mohon kerjasama tuan-tuan agar dapat memaklumkan kepada saya alamat email tuan-tuan yang masih belum ada dalam rekod (lihat senarai di atas) selain memaklumkan juga sekiranya ada ketidaksamaan alamat dengan yang sedia ada
* Bagi memudahkan email diurus dengan berkesan untuk kegunaaan kehadapan, tuan-tuan disyorkan agar membuat satu folder (group) baru khusus untuk email bagi semua penghuni taman (lihat contoh di bawah). Jika ini dilakukan, setiap maklumat yang ingin disalurkan melalui email akan dapat dihantar dengan mudah dan cepat