Parit Buntar Dilanda Banjir Kilat

Bermula 29 Okt 2012 yang lalu, setiap petang hujan turun agak lebat di waktu petang sehingga ke malam  di sekitar Parit Buntar yang menyebabkan berlakunya banjir kilat di kawasan-kawasan tertentu. Antaranya:

Pusat Bandar

 Taman Setia Jaya

Taman Desa Mekar

Senarai Dosa-Dosa Besar

  1. Syirik dengan Allah SWT
  2. Pengamal Sihir
  3. Makan Riba
  4. Makan Harta Anak Yatim
  5. Membunuh Jiwa Tanpa Kebenaran
  6. Berpaling Lari Dari Peperangan Jihad
  7. Menuduh Perempuan Baik Melakukan Perzinaan
  8. Derhaka Kepada Ibubapa
  9. Berzina
  10. Minum Arak
  11. Berjudi
  12. Mencuri

Dosa-dosa di atas jika dilakukan boleh menghapus pahala amalan baik yang dilakukan selagi mana ia tidak bertaubat.

Dosa-dosa di atas tidak termasuk dosa-dosa bagi meninggalkan amalan-amalan wajib yang dituntut seperti:

  1. Meninggalkan Solat
  2. Tidak berpuasa di bulan Ramadhan dll

Ibadah Korban 2012

Ingin dimaklumkan kepada tuan/puan bahawa seperti tahun-tahun terdahulu aktiviti korban sempena Hari Raya Haji untuk Taman Kerian Permai Fasa 1 akan digabungkan dengan Majlis Korban yang dilakukan di Surau Taman Seri Semarak. Untuk itu sekiranya tuan/puan berminat untuk menyertai majlis berkenaan bolehlah memaklumkan nama penuh tuan/puan yang ingin melaksanakan ibadah ini berserta wang tunai sebanyak RM 370/bahagian  kepada mana-mana nama berikut:-

Nama
Row
Tel
Prof. Dr. Hj Zainal Arifin
No. 2, Jln Permai 1/2
012-667 1736
En. Khairuddin
No. 2, Jln Permai 1/3A
012-515 2478

Wang untuk korban tersebut hendaklah diserahkan selewat-lewatnya sebelum atau pada 15 Oktober 2012 (Isnin).

Tarikh sebenar majlis korban tersebut akan diberitahu kepada tuan/puan khususnya yang terlibat kemudian dan pada kebiasaannya dilakukan pada hari raya ke-2
 
Harap maklum

 

Prosedur Bila Berlaku Kematian Ahli Keluarga Terdekat


Jika disahkan berlaku kematian di kalangan ahli keluarga terdekat, tindakan yang perlu dilakukan antaranya:

1.      Pastikan mata jenazah tertutup

2.      Pastikan mulut tertutup (guna perca kain jika perlu)

3.      Tukarkan pakaian jenazah (paling afdal guna pakaian yang nipis)

4.      Letakkan kedua-dua tangan di atas perut

5.      Segera tanggalkan anggota-anggota palsu (jika ada)

6.      Jika ada plaster dan lain-lain kesan dari rawatan di hospital, segera tanggalkan

7.      Jika ada darah yang keluar dari hidung/telinga, sumbatkan dengan kapas untuk menahan darah dari terus menitik keluar.

8.      Letakkan jenazah ditempat yang terhormat

·                     Kepala mengadap ke arah kiblat

·                     Tinggikan sedikit bahagian kepala

9.      Tutup jenazah dengan kain yang dapat menutup seluruh jasad dari kepala hingga kaki

10.  Segera mandikan jenazah

11.  Segera kapankan jenazah

12.  Mesti ada pengesahan kematian dari doktor klinik/hospital. Bila dapat surat pengesahan tersebut baru buat laporan di balai polis berhampiran. Polis kemudiannya akan keluarkan Permit Pengkebumian/Surat Mati untuk urusan pengkebumian jenazah.

13.  Segera jenazah dikebumikan
Catatan:

Untuk proses mandi, kapan dan pengkebumian, tuan/puan boleh menghubungi nombor-nombor berikut:
1) Ust Hj Zainal Safarin – 019 5959272
2) Tn Hj Wahab – 017 5064567;

3) Minta bantuan jiran tetangga
Ceramah yang berkaitan:

Kecurian Di Surau Taman Sri Semarak













 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 




Kami amat bersimpati dengan masalah yang dihadapi oleh mereka yang terlibat dan lebih menyedihkan lagi ia berlaku dipersekitaran surau yang menjadi tempat kami beribadah setiap hari.
Nampaknya surau belum cukup untuk "mentarbiah" seorang manusia itu untuk jadi seorang insan.
 
Pengajaran yang boleh diambil dari kejadian di atas ialah:
 
Jangan sesekali tinggalkan sebarang harta yang bernilai di dalam kereta walau di mana jua kereta anda diletakkan.
 
"Belajar dari pengalaman itu baik, tetapi belajar dari pengalaman orang lain itu lebih baik"


Rekod Raya 2012

untuk rujukan pada masa akan datang
 


Gambar Kenangan Di Majlis Jamuan Raya 2012

antara tenaga kerja yang mantop...
 
majlis doa selamat yang diketuai oleh Hj Wahab...

para ibu dan anak sedang menikmati juadah...
 
alhamdulillah...meriah

Hanya ucapan terima kasih yang mampu dilafazkan kepada semua baik kepada tenaga kerja, yang memberi sumbangan dalam pelbagai bentuk mahupun tetamu yang sudi hadir. Matlamat utama di sebalik majlis ini ialah ingin meningkatkan hubungan silaturahim yang erat di antara penduduk Taman Kerian Permai serta juga mereka yang tinggal berhampiran.

Jamuan Raya Taman 2012

* Melalui mesyuarat pada 28 Ogos 2012, telah dipersetujui bahawa Jamuan Raya bagi Taman Kerian Permai 1 untuk tahun 2012 akan diadakan seperti berikut.

1) Tarikh:  03 September 2012 (Isnin)
2) Masa: 8:30 mlm - 11:00 mlm
3) Lokasi: Perkarangan rumah Dr Zainal

* Jemputan:-

1) Semua penduduk muslim (seisi rumah) Taman Kerian Permai 1
2) Jiran terdekat Taman Setia Jaya (persisiran sungai)
3) Jemaah Surau Taman Sri Semarak
4) AJK Taman Kerian Permai 2 (Ustaz Zainal dan ahli-ahlinya serta keluarga)

* Aturcara majlis:-

> 8: 30 mlm - semua penduduk TKP1 berkumpul
> 8:45 mlm - kehadiran semua jemputan luar
> 9:00 mlm - ucapan Pengerusi
> 9:10 mlm - bacaan doa
> 9:20 mlm - jamuan
> 11:00 mlm - majlis bersurai


* Antara menu yang disediakan iaitu:-

1) Satay
2) Nasi hujan panas, kurma kambing dan dalca
3) Nasi dagang
4) Lemang, ketupat serta rendang
5) Bihun Goreng
6) Tapai Kuala Kurau
7) Teh tarik "kaw"
8) Agar-agar
9) Pelbagai jenis buah-buahan
10) Pelbagai jenis kuih-muih



dan lain-lain menu yang pastinya lazat sehingga tak terkata....

* Agihan Tugas:-
 
1) Kepada sesiapa yang namanya tidak tersenarai dalam agihan tugas seperti di dalam senarai di sebelah tetapi ingin menyumbangkan juadah samada dari segi jenis atau kuantitinya, kami amat-amat mengalu-alukan sumbangan tersebut

2) Bagi memudahkan persiapan, mohon tuan/puan sediakan juadah yang di bawa dalam 2 bekas yang berasingan iaitu satu bekas untuk hidangan bagi kaum wanita sementara 1 lagi hidangan bagi kaum lelaki


"Ayoh....mai sama-sama kita memeriahkan majlis kali ini... hanya sekali dalam setahun kita ada peluang sebegini"

Rekod Kehadiran Di Mesyuarat Jamuan Raya Taman 2012

Antara yang hadir ialah:

  1. Prof Dr Hj Zainal Ariffin
  2. En. Khairuddin
  3. En. Noor Azmi
  4. En. Badrol
  5. En. Razak
  6. En. Azhar
  7. En. Nazri
  8. En. Ahmadil Hairi
  9. En. Ismail
  10. En. Sohaimi
  11. Cikgu Zulkifli
  12. Hj Ikhbal
  13. Ust. Marwanshah
Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.

Mesyuarat Jamuan Raya Taman 2012

* Satu mesyuarat akan diadakan bagi tujuan di atas dan ia dirancang seperti berikut:-

Lokasi : Perkarangan rumah Dr Zainal
Hari     : Selasa

Tarikh  : 28 Ogos 2012
Masa   : 9:00 malam

Agenda:
> Penetapan tarikh dan masa
> Persiapan
> Jamuan/menu
> Jemputan luar
> Hal-hal lain

* Satu surat akan dihantar kepada semua penduduk muslim berkenaan dengan panggilan untuk mesyuarat ini dan ia akan dilakukan selewat-lewatnya pada hari Selasa (06/9/2011)
* Mohon kerjasama tuan-tuan agar dapat menghadirkan diri dalam mesyuarat pada kali ini
* Jika ramai yang terlibat, lagi banyak menu yang pelbagai dapat disediakan

apa yang penting..."KERJASAMA"

Sorotan Aktiviti Majlis Berbuka Puasa 2012 (Video)

klik pada gambar di atas


Kepada mereka yang hadir tetapi tiada dalam liputan di atas, saya memohon jutaan kemaafan di atas kelemahan diri saya sendiri.

Majlis Berbuka Puasa Taman Kerian Permai, 6 Ogos 2012

Ingin dimaklumkan bahawa jumlah wang kutipan yang terkumpul sehingga 1 Ogos 2012 bagi tujuan mengadakan Majlis Berbuka Puasa bagi giliran Taman Kerian Permai di Surau Taman Sri Semarak adalah sebanyak RM 4,754.00.

Melalui mesyuarat pada malam 1 Ogos 2012 yang lalu, telah dipersetujui oleh majoriti yang hadir bahawa menu pada kali ini adalah seperti berikut:-


Jutaan terima kasih di atas kerjasama semua penduduk muslim Taman Kerian Permai khususnya kepada mereka yang menyumbang. Diharapkan sumbangan tuan/puan diredhai oleh Allah SWTdan mendapat balasan yang setimpal olehNya

Sehubungan itu tuan/puan seisi keluarga dijemput untuk hadir ke Majlis Berbuka Puasa yang akan diadakan pada 6 Ogos 2012. Aturcaranya adalah seperti berikut:

6:30 petang - Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa
7:35 petang - Berbuka Puasa
                    - Solat Maghrib berjemaah
                    - Bersurai

Rekod Kehadiran Di Mesyuarat More Pada 11 Julai 2012


  1. Prof Dr Zainal Arifin
  2. En. Khairuddin
  3. En. Noor Azmi
  4. En. Ahmad Khairuddin
  5. Cikgu Mohd Zulkifli
  6. En. Ahmadil Hairi
  7. Hj. Ekhbal
  8. Ust. Hj. Zainal
  9. En. Mohsin
  10. En. Badrul Hisham
  11. En. Abd Rahman
  12. En. Ahmad Dziauddin
  13. En. Abd Haris
  14. En. Ahmad Jais
  15. En. Kharsani
  16. En. Mohd Alias
  17. En. Suhaimi
  18. En. Mohd Sariman
  19. En. Sohaimi
  20. Cikgu Rosidi
  21. En. Nazri
Terima kasih diucapkan atas kerjasama yang sungguh baik yang telah diberikan.

Giliran Majlis Berbuka Puasa 2012 Bagi Surau Taman Sri Semarak





















Tuan/puan selaku ahli kariah dijemput hadir pada tarikh-tarikh dan waktu seperti di dalam maklumat  di atas

* Untuk makluman tuan/puan, tahap minima yang diperlukan untuk membuat jamuan Majlis Berbuka Puasa di Surau Taman Sri Semarak bagi Tahun 2011 iaitu sekurang-kurangnya 120 talam (1 talam = 4 orang)

Encik Jamal Nasir Di Program MHI, TV3


Encik Jamal Nasir sering kali diundang oleh stesyen tv tempatan bagi membicarakan hal-hal yang berkaitan dengan Giat Mara. Terbaru adalah pada 18 Jun 2012 yang lalu di MHI, TV3 sekitar jam 7.30 pagi.

Tahniah diucapkan kepada jiran kita ni yang terus berusaha gigih bagi mengangkat martabat anak bangsa khususnya melalui Giat Mara. Didoakan semoga terus maju pada masa-masa hadapan.

Panduan Memasang Jeriji Besi Di Rumah

Jabatan Bomba telah mengeluarkan satu garis panduan lengkap bagi pemasangan jerisi besi di rumah-rumah kediaman. Panduan ini bertujuan untuk mempastikan agar operasi menyelamat tidak dihalang oleh pemasangannya apabila berlaku sebarang musibah yang tidak diingini.

Garis panduan tersebut boleh diperolehi dalam bentuk file pdf di facebook Taman Kerian Permai 1.

Group Facebook Taman


Untuk makluman ahli taman, pada tanggal 25 Mei 2012 yang lalu, telah diujudkan satu kumpulan facebook (group) bagi Taman Kerian Permai 1.

Tujuan: Bagi memudahkan ahli taman berhubung di antara satu sama lain serta dapat menyalurkan maklumat yang khusus untuk ahli Taman Kerian Permai 1 sahaja.

Keahlian: Terdiri dari penduduk muslim di Taman Kerian Permai 1 yang mempunyai akaun facebook sahaja.

Carian: www.facebook.com/Taman Kerian Permai 1

Antara maklumat penting yang telah diupload adalah senarai ahli taman beserta nombor rumah dan telefon di mana senarai ini boleh dikemaskini pada setiap masa oleh ahli yang menyertai group facebook ini.


Harapan dengan adanya group facebook ini dapat memberi satu lagi kemudahan (alternatif) komunikasi dan saluran maklumat kepada semua penduduk muslim di Taman Kerian Permai 1.

Mohon digunakan teknologi dengan sebaik mungkin.

Suasana Di Mekah Dan Madinah Secara "Live"

Suasana secara "live" di sekitar Masjidil Haram di Mekah dan
Masjid Nabawi di Madinah boleh dilihat dengan hanya klik pada
gambar di bawah. Mudah-mudahan dengan adanya kemudahan teknologi
terkini, dapat memberi gambaran secara jelas tentang suasana semasa
di sana. Diharap ia dapat membantu...

Kehidupan "Sementara" Di Dunia

Bermula dengan "Kelahiran" dan berakhir dengan "Kematian"




















Kebiasaanya kita begitu risau tentang apa yang kita tinggalkan untuk isteri & anak-anak
apabila kita tiada kelak sedangkan kita tidak risau langsung apakah amalan kita sudah cukup
untuk bertemu dengan Allah SWT di alam seterusnya.

Ingatlah wahai manusia;

"SESUNGGUHNYA JANJI ALLAH ITU ADALAH BENAR"

Kursus Haji & Umrah Bersiri

1) Lokasi: Surau Al-Hidayah, Taman Seri Semarak

2) Tarikh: Setiap malam Ahad (di sambung semula pada 15 Januari 2012)

3) Masa: Selepas Solat Maghrib

4) Pembimbing: Ustaz Hj Zainal Safarin


Tuan/puan yang berminat untuk mendalami ilmu yang berkaitan dengan ibadat Haji dan Umrah dijemput hadir.

"TAMBAH ILMU...TAMBAH AMAL..WAASALAMAH"

Kuliah Maghrib Bulanan

Penyampai: Ust Hj Marwanshah Al-Hafiz
Lokasi: Surau Taman Seri Semarak, Parit Buntar Perak
Tarikh: Minggu pertama setiap bulan (hari Ahad malam Isnin)
Masa: Selepas Solat Maghrib
Tajuk: Hadis 40


Tuan/puan dijemput hadir